I hate you Kuning! Part 1

sobsss sobsssss sobsssss T__T

Sedih kalau ingat ingat balik saat saat my girl kena kuning. Rasa pilu tu macam dapat rasaaa lagi. Aku lepas-lepas bersalin ja memang diorang tolak ariqa masuk wad baby tu terus (aku lupa nama wad untuk baby apa) sebab aku pecah air ketuban lebih dari 24jam so takut baby kena jangkitan kuman etc.

Lepas bersalin pukul 8.15pm then adengan adengan kejap, diorang suruh aku rehat. Time tu bagi susu first dulu kat girl. Lepas tu aku terus tak sedar (aku rasa tak berguna gila time ni) effect dari kesan ubat tahan sakit tu tak habis lagi. Pastu pukul 10.30pm macam tu kot baru aku sedar. Baby dah xda kat tepi :( Aku memang tau sebab awal-awal lagi sebelum bersalin doc dah cakap baby akan dihantar ke wad terus.

Malam tu baru aku dapat tido. Aku takda rasa apa-apa tau time ni, hermmm pelik. Pagi tu aku bangun nurse suruh aku p tengok baby bagi susu. Pagi-pagi masuk wad baby tu nurse tengah bagi mandi baby-baby, nyaring la suara baby nangis. Aku x sanggup tengok plus cari baby aku x jumpa terus aku keluar balik.

Lepas tu aku nak tengok baby.. ;( aku masuk balik wad tu, aku tanya nurse "mana baby saya?" sendu gila kan tak kenal anak sendiri uwaaaaaaaaaaaaaaaaa T__T
sebab dia cakap ada dalam wad khas aku tengok xda pun rupa-rupanya ada dalam wad baby yang kena kuning. Hmmmm, lepas bersalin kejap je nurse cakap diorang check girl dah kena kuning. Aku masuk tengok baby... Ada nama aku tulis kat situ. Ya Allah...... aku tak tau nak cakap perasaan time ni, baru dapat tengok betul-betul, belek betul-betul sebab lepas bersalin tu aku mamai sangat, aku x berapa sedar. Ariqa kecikkkkkkkkk sangat. 2.4kg kan. Aku yang selama ni tak pernah pegang baby kecik yang takut la apa la, boleh angkat dukung dia dengan jayanya :") terharu.

Ok first time nak bg susu... Alhamdullilah girl sangat pandai sangat good girl, pandai dia isap susu.. Time tu aku sengih macam kerang busuk sambil airmata dok mengalir. Hahahaha terharu sangat perasaan tu. Bangga pun ada. Walaupun aku tengah taip entry ni girl dah setaun sebulan setengah haha, tp aku dapat rasa lagi perasaan time tu. Sayu and rindu ;')

Lepas tu nurse tak bagi pegang lama lama sebab dia kena duduk bawah lampu yang untuk baby kuning tu kan. Hmmmm, aku pun pasrah la kena balik wad aku balik. Tapiii tapi---- time ni aku dah tak boleh duduk relax goyang kaki dah. Maksud aku ingat tak aku cakap lepas aku bersalin girl xda kan depa bawak p wad kan? tapi aku boleh relax tidur dengan jayanya malam tu tanpa rasa apa-apa. Tapi lepas aku breastfeed dia ja, mula laaaaaaaa episod airmata bila dia xda depan aku. Seksa sungguh weh rasa tu.

And lepas tu nurse cakap aku dah boleh balik rumah tapi baby tak boleh bawa balik lagi. Aku dah mula nak sendu balik dah, aku berpusing tanya tak boleh ke aku duduk jugak kat sini nak tunggu dengan baby , nurse cakap katil untuk ibu-ibu yg dalam wad baby tu dah penuh. Aku terpaksa pasrah lagi. Then aku balik laa..... tapi petang tu aku p lagi hospital nak bagi susu dekat baby.. pastu malam tu aku x dapat lagi nak tido peluk cium ariqa :'(

Bangun ja pagi-pagi besok tu, aku suruh faris call hospital tanya ariqa macam mana dah boleh keluar belum. Motif aku suruh faris sebab aku tak nak cakap sendiri takut nak dengar diorang cakap "sorry tak boleh lagi" mau aku menjerit kat nurse tu balik apa pun tak boleh. Lepastu nurse cakap doc tak datang check lagi, kalau nanti dah lepas check dah boleh keluar dia call. Aku malas nak tunggu aku mandi siap siap nak p hospital lagi. Baru 2 hari ja lepas bersalin tapi aku tak macam orang baru lepas bersalin pun T_T sobss. Kerana anak, apa yang mummy tak sanggup buat? Haiilaaaa sayang, sikit pun mummy tak rasa sakit sebab ariqa xda dgn mmy. Dalam hati ni ja sakit sangat. T__T

And masa on the way p hospital tu nurse call cakap my baby dah boleh balik! Allah syukur sangat-sangat time ni. Berseri rasa muka aku time ni. Hermmmmmmm. Tapi ariqa kena p clinic everyday kena check lagi sampailaaaaaaaaaaaaaaaaa satu hari tu T____T ;'( :'(

Nanti la aku sambung.. panjang sangat dah lagipun.
*bisik dalam hati takmau sedih2 benda dah lepas jadikan pengalaman* 


Comments

Popular posts from this blog

Labour Room!

AHA / BHA apa tu?

Cerita dalam bilik bersalin (LR)