Cerita dalam bilik bersalin (LR)









Salam Hi.

Ok sambung cerita nak bersalin.

Boleh klik sini kalau nak baca ;)

Sampai labor room, macam biasa buat standard procedure dia semua. Tips eh kalau nak buang segala apa air pun sila buang sebelum masuk LR. I tak tau tempat lain, tapi sini depa memang tak kan bagi keluaq dah dari LR once you dah masuk. Nak buang, ha buang la atas tu. I paling tak suka buang air kecik yang depa tolong buangkan tu. Rasa dia macam mana tah, tak rasa macam naturally keluaq sendiri. Hahahaha. Rasa macam tak puas gitu. Eh tak suka la. Hahaha.

I bawak phone masuk so sebelum start sakit cucuk apa tu I call Faris la to make sure dia tunggu kat luar and bila tiba masa tu dia masuk kan. After that I off.
Ok lepas tu nurse just suruh rehat and tidur la dulu memandangkan I tak start sakit lagi. Jalan pun still kat 4cm lagi. Dah tak sakit macam mana nak terbukak kan. Pastu bidan eh? Dia ada cakap nak pecahkan ketuban tapi dia tak guna tools yang I tengok orang dok share tu. Dia guna tangan ja, mungkin sebab air ketuban I dah kurang kot sebab dah keluar sikit sikit dari masa I admit ward tu lagi.

And I paling laaaa tak suka ubat yang depa cucuk yang buat kita lali tidoq tu huhu sebab dulu experience masa Ariqa I jadi macam sedaq tak sedaq masa bersalin.
Boleh klik sini kalau nak baca experience bersalin Ariqa ;)
Macam eh dah beranak ka belum ka ni macam tu. Before ubat jalan I sempat la baca apa yang lazim. Anddd tetttttt hilang. Pengsan.

Tapi kejap ja, dah start jaga sebab sakit. Tak tau la sama ada betul ingatan I ka tak tapi kali ni I rasa contraction tu lagi sakit dari Ariqa dulu. Wuuuu dia punya sakit mak ai, bergegaq katil.
I terjaga dalam 11.30 lebih lebih camtu. Dah sakit dahhhhh. Mula panggil nurse. Dia datang check cakap baru terbukak 5cm. I macam whatttt? Serious la sakit tak tahan dah tak kan baru 5. So dia cakap dalam pukul 1 doctor akan datang check lagi. Then tinggal I sorang-sorang. Lamanyaa lagi pukul 1 rasa wuwuwu.

That time I rasa sakit tu dah macam kerapp sangat dah. Yang tak berhenti tu. I sejenis sakit yang tak boleh bersuara. Just mampu berguling tahan. And same tips macam dulu, I pusing ke kiri sambil tangan kanan tarik punggung, bila datang contraction, teran. (ni antara tips untuk cepatkan bukaan jalan and I tried before with Ariqa, it works)
Time tu I memang dah boleh rasa kepala di antara dah, I panggil nurse but she keep saying that its not the time yet since 5mins ago bukaan I baru 5 so ambik masa lama lagi. But I dah rasa! Frust gilaaaa rasa time tu.

I just can't wait anymore so I pusing terlentang I dah angkat kaki macam nak push and bidan tu nampak and ask me " dah nak push ke? memang dah rasa ke tadi baru 5cm" (muka dia macam a bit annoyed la) tapi I faham sebab 5 minit lepas baru dia check still 5 kan. Dia mesti rasa I ketegaq, he he heh. I sakit la misi. ;*

So dia check and guess what? Yes, its the time. Seeee I told ya I dah rasa! Sometimes kan boleh percaya jugak tau dengan instinct kita ni, sebab yang rasanya KITA tau. Ok back to the strories, Kelam kabot dia capai glove and panggil doctor and cari Faris suruh masuk. I dah memang tak tahan dah that time tapi I dengar lagi diorang dok cari cari panggil Faris aaaannnnnndddddddd Faris not there! Ish tak boleh ingat this moment I geram geram geram. Bayangkan sebulan he's not out from island to work sebab nak teman I bersalin and He WAS THERE waiting outside the LR all this while sebab I dengar dia tekan interkom tu like 2 3 times asking about my condition and bila dah tiba masa saat ketika tu dia boleh tak dak! Oh my I'm so dramatic. Kesah apa I want him to be thereeeeeeeee.
Dah tak dapat cari dia diorang datang bagi tau I "Farah ur husband is not around" then should I wait? Hell nah. Time tu dah tak kesah dah sakit punya pasal I siap jawab "I don't care I nak bersalin nowwww" and the push began.

Dulu I ingat I push Ariqa more way easier like 3 times ja push and selamat. This time maybe around 5 times? Mungkin sebab penat takda energy dah kes tak sempat makan malam tu and breakfast that morning and sebab this time besar than before.
I dengar doctor cakap "ok good dah cantik tak koyak sikit lagi" tapi I dah macam tak bermaya rasa. Last Alhamdullilah selamat cuma this time I dapat rasa kena jahit but nasib tak banyak. Just lapisan luar, dalam tak terjejas. Nurse cakap 2 jahitan sj means sikit dia cakap. Tapi sakit gak oi. I is seriyau. Huhu.

And after semua process dah habis I mintak phone kat nurse and elok turn on ja, terus dapat call from Faris and I thought hospital call dia dah inform la kot, TAPI.. First question dia tanya I "B u buat apa tu?"OMG bij I cried hahahaha. I tak larat lagi nak jerit time tu tp my sound tone memang tak elok la "like hello I dah beranak dah faris" and I can hear he screaming yada yada yada. dalam 5 min later dia dah sampai. Mula la buat clarification yang kelam kabot. "B sorry I baruuuu baruuuuu keluar nak p makan sebab I asyik tanya tanya nurse tu depa cakap lambat lagi pukul 1 nanti baru doctor dtg check so I ingat lambat lagi la dah depa cakap macam tu" ME? Poker face ---__---
I rasa nurse tu annoyed dengan dia kot asyik tekan intercom kacau depa, kan dah kena halau p makan. wuwuwuwuu.

Moral of the story, ladies yang mana nak encik suami teman, pesan kat dia jangan dengar cakap nurse ka apa ka sebab kita boleh bersalin anytime any seconds. Takda nya time time tertentu. Lapaq, bawak bekal siap siap makan kat situ. Kita yang kat dalam sakit ok makan pun tak boleh, Eh geram la. (hahahaha i dont care nak cakap I jahat I jujur orangnya) Faris dah get ready sebab I akan ungkit cerita ni maybe sampai pregnant lagi sekali I dont know ikut mood I. HAHAHAHA.

And thats all I guess cerita dalam bilik bersalin I.

Sedikit nota kaki ; I tak tau sama ada boleh or tak nak push semasa bukaan 5cm sebab kes Ariqa dulu I push masa bukaan 7cm dengan selian doctor atas sebab katanya I pandai or tau cara meneran yang betul. Or maybe in 1 or 2 seconds from 5cm boleh capai tahap yang dibenarkan untuk kita start push, anyhow just be careful kalau sakit, inform your nurse/doctor. Have faith in them.
Trust me baca and praktis cara meneran yang betul its helps you a lot! Salah satu cara nak elak kena jahit/kurangkan jahitan dan juga tak buang tenaga berlebihan sebab nanti penat bila habis tenaga tak boleh push, bahaya baby. Thats why jadi pakai vacuum etc etc tu. Or maybe in 1 or 2 seconds bukaan boleh capai tahap yang dibenarkan untuk kita start push, anyhow just be careful kalau sakit, inform your nurse/doctor. Have faith in them.

Bye.


Thanks for reading hampa!

Comments

Popular posts from this blog

Labour Room!

AHA / BHA apa tu?