Cerita sebelum bersalin. (Ayydan Fahril)






Salam Hi.

Bila masuk 36w ja tiap hari I tunggu and expect boleh bersalin like in any second. boleh gitu  haha.
Sebab Ariqa dulu I bersalin at 36w5d so who knows. Siap tak berani nak g jalan mana dah tu masa tu. Nak pulak masa I 36w Hari raya puasa. Hahaha. Mereput la dalam pulau ni. Tak berani nak amik risk.

And to make it short, masa I 37w6d hari khamis 06/07/2017 I decide nak p hospital atas sebab SAJA. Haha boleh? Kes tak bersabar punya pasal. Time tu memang dah tak da daya dah sebab tak tahan rasa nak bersalinnn ja cecepat sebab macam I bgtau dalam previous entry I suffer from pelvic pain pregnant this time.

So back to the story, bukan la atas sebab saja semata I memang rasa mild contraction dah dalam 2 3 hari macam tu. Tapi I ada inner conflict tau sebab I rasa mungkin just my imagination sebab I nak bersalin cepat or its normal actually untuk rasa macam tu, I dont know. Sebab even this is second pregnancy masa Ariqa I tak experience contraction melainkan contraction time nak besalin tu shj.

Malam tu memang I rasa perut macam mengeras kejap kejap but I still in doubt like is this what it call contraction or is it braxton hicks. Sebab sakit dia I boleh tahan and I cari-cari pun ramai yang cakap kata contraction tu sakit. Sebab I x sakit so I consider as braxton hicks la. In conclusion my last week of pregnant boleh dikatakan selang semalam I akan rasa mengeras tu but tak consistent and tak sakit pun dia just mengeras saja.

So hari Khamis tu I macam asyik rasa perut mengeras tapi tak sakit tau. Macam biasa la I anggap false contraction ja. Mood memang tak elok dah last last ni rasa nak telan orang ja 24jam haha. Faris ada jugak tanya nak g hospital tak. Tapi I malas sebab takut nanti p nothing then balik macam kuciwaaa. Dalam pukul 2 petang mcm tu I rasa bosan and decide saja nak p hospital. Haha.

Dah sampai hospital macam biasa tunggu doctor yada yada yada and then bgtau kata rasa macam perut mengeras tapi tak sure tu contraction atau bukan. And nurse akan pegang perut untuk pantau ada contraction ke tak sambil check masa. I x ingat la berapa lama. 10mins perhaps? Tah, tak ingat.
Ok dalam masa tu just ada 1 kali sahaja yg memang dia rasa ada contraction. Tak kerap la maknanya. I dah kuciwa lagi. Tapi nurse tu cakap tunggu doctor tengok how.

And doctor sampai dia tanya basic question, alaa macam pergerakan baby ok ke tidak macam tu la. Dia cakap nak masuk wad tak untuk pantau movement baby, I said no. Yala nak buat apa kan, baik duduk relax kat rumah dulu. So okay, tapi doc tu cakap dia nak try check bukaan jalan tengok as I that time dah 37weeks plus kan. Bila dia check I can see clearly kat muka dia macam something tau, berkerut gitu haha. Tetiba dia cakap "puan dah terbuka 3cm la, kena masuk wad dah tak boleh balik"
Terkedu mak. Hahaha. Yala sebab masa check tadi semua macam okay ja sakit apa pun tak. Pastu dia cakap "tahan sikit yee saya nak percepatkan bukaan" (then she did her job la) andddddd warded. Terus berdebarrrrrr weh.

Call Faris yang tengah tgu kat luar bgtau dia pn tak sangka dengan tak bawak pun bag baby and me sebab tak expect langsung yang nak kena warded apatah lagi jalan dah terbukak. Unpredictable kan?
So lepas dia settle hal admit wad semua dia balik ambik bag/barang etc and I sempat order nasi goreng ayam and ayaq jagung ketagih. Huhuhu nak pantang lama oi.

So petang tu dah masuk wad. I time tu fokus nak cepatkan bukaan sebab macam Ariqa dulu jalan tak terbukak 3cm tu jalaaaaa tapi sebab air ketuban dah pecah more than 24h kena la bersalin jugak.
(ni cerita time bersalin Ariqa)

Bila I mandi masuk toilet I buat ja ketuk ketampi tu selarat yang mampu. Anddddd air ketuban pecah. Tapi bukan yang keluaq banyak tu, sikit sikit yang ni. Mula sikit then makin banyak tapi still bukan banyak yang melampau la. Just basah habis kain spital I you. Bagitau nurse then malam tu check jalan still 3 lagi. Malam tu perut mengeras macam biasa. I rasa sakit tu ok ja, tapi kakak sebelah katil I setiap kali dia contraction berkerut mengerang dia tahan, sian pulak tengok. Tula orang lain lain kan? Tak sama. I Alhamdullilah sangat tak rasa sakit teruk-teruk.

Subuh bangun mandi ketuk ketampi lagi (kikikih gigih ok) and time solat subuh pun sujud lamaa sebab tu salah satu tips jugak kan sujud lelama. Time tu dah rasa sebak neves semacam dah. Air ketuban still keluar tapi sikit sikit. Pukul 8am doctor datang check bukaan dah 4cm. Ok masuk labour room dia cakap. Fuhhhh nervous. Tak breakfast pun sebab air milo hospital memang sangat manis eh? Ayooo. Nak bancuh sendiri dah tak sempat so sempat capai kurma telan cepat cepat and minum air zam zam sikit. Laparrrrr, sebab malam tu tak makan pun kes nasi goreng ayam faris beli tak sedap! Dah la tu last nasi goreng ayam kita sebelum bersalin. Ish!

Macam panjang sangat pulak? Nanti la I sambung cerita dalam labor room okay?

Bye.


Thanks for reading hampaa!












Comments

Popular posts from this blog

Labour Room!

AHA / BHA apa tu?

Cerita dalam bilik bersalin (LR)